Duchess York (1923–1936) Elizabeth_Bowes-Lyon

Duchess York di Queensland, 1927

Selepas keberangkatan lawatan yang berjaya ke Ireland Utara pada bulan Julai 1924, kerajaan Parti Buruh bersetuju Albert dan Elizabeth boleh berangkat melancong ke Afrika Timur dari bulan Disember 1924 hingga bulan April 1925.[32] Kerajaan Parti Buruh telah dikalahkan oleh Parti Konservatif dalam sebuah pilihan raya umum pada bulan November (Elizabeth memerikannya sebagai "mengagumkan" kepada bondanya)[33] dan Gabenor Jeneral Sudan Inggeris-Mesir, Sir Lee Stack, telah dibunuh tiga minggu kemudian. Sungguhpun berita ini, keberangkatan baginda berdua diteruskan, dan baginda berdua berangkat menziarahi Aden, Kenya, Uganda, dan Sudan, namun Mesir dielakkan disebabkan oleh ketegangan politik.[34]

Albert gagap orangnya dan ia mempengaruhi kebolehan baginda untuk bertitah, dan selepas bulan Oktober 1925, Elizabeth membantu dalam menolongnyaa melalui terapi yang direka oleh Lionel Logue, satu episod yang digambarkan dalam filem 2010 The King's Speech. Pada tahun 1926, pasangan berkenaan dikurniakan berputerakan anakanda pertamanya, Puteri Elizabeth—"Lilibet" oleh kaum kerabatnya—yang kemudian menjadi Ratu Elizabeth II. Puteri yang lain, Puteri Margaret Rose, diputerakan empat tahun kemudian. Albert dan Elizabeth, tanpa anakanda baginda berdua, mencemar duli ke seluruh Australia untuk berkenan membuka Bangunan Parlimen di Canberra pada tahun 1927.[35] Baginda, dalam kalimat baginda sendiri, "duduk di dalam percintaan kerana meninggalkan bayi".[36] Perjalanan baginda berdua melalui laut membawa baginda berdua melalui Jamaica, Terusan Panama Canal dan Pasifik; Elizabeth kerap bimbang akan bayinya di Britain, tetapi perjalanan baginda berdua merupakan hubungan awam yang berjaya.[37] Baginda menawan hati orang awam di Fiji apabila, berkenan bersalaman dengan barisan panjang tetamu rasmi, seekor anjing liar berjalan di dalam istiadat dan baginda bersalaman dengan anjing itu juga.[38] Di New Zealand baginda jatuh gering dengan selesema dan terlepas beberapa urusan, tetapi berseronok dengan memancing di sana[39] di Bay of Islands diiringi oleh nelayan sukan Australia Harry Andreas.[40] Dalam perjalanan keberangkatan balik, melalui Mauritius, Terusan Suez, Malta dan Gibraltar, pengangkutan baginda berdua, HMS Renown, terbakar dan baginda berdua bersedia untuk berangkat meninggalkan kapal sebelum api dapat dikawal.[41]